Dec 24, 2011

Jom jalan-jalan cari pasal

Assalamualaikum..

Cuti-cuti ni korang plan nak pergi mana? Kenapa tajuk jalan-jalan cari pasal?

Ye la..bila dah jalan-jalan pasti sangat la duit akan habis betul tak? Tak ke cari pasal namanya. Kalau duduk diam-diam kat rumah, duit pun pasti berada dengan dalam bank dengan selamatnya.

Tapi apa guna kita penat bekerja sehari harian metro kalau kita tak meraikan, omputeh kata reward diri kita sendiri?

Apa gunanya cari duit untuk anak isteri tapi kedekut nak bawak mereka pergi bercuti?

Sekali sekala tak salah kan kita bergembira pergi bercuti. Sekurang-kurangnya dapat hilangkan stress dan tension.

Jadi, hargailah diri anda dan orang-orang kesayangan anda. Pergilah melancong  ^___^

Melancong tak semestinya pergi luar negara


terima kasih sudi baca

Dec 23, 2011

Doa Dhuha

Assalamualaikum..

Bersempena hari Jumaat penghulu segala hari yang mulia ini, jom la kita solat Dhuha supaya rezeki kita melimpah ruah dengan banyaknya jadi dapatlah kita bersedekah dan berkongsi rezeki itu dengan orang yang tidak berkemampuan lalu kita pula mendapat berkat seterusnya Allah melipat gandakan lagi rezeki kita ini.
(huhhh...tarik nafas..lepas. ayat takde nokhtah)



Maksud Doa Dhuha

Ya Allah
Sesungguhnya waktu dhuha itu dhuhaMu
Kecantikannya kecantikanMu
Keindahannya keindahanMu
Kekuatannya kekuatanMu
Kekuasaannya kekuasaanMu
Perlindungannya perlindunganMu

Ya Allah
Jika rezeki masih dilangit turunkanlah
Jika dibumi keluarkanlah
Jika sukar permudahkanlah
Jika haram sucikanlah
Jika jauh dekatkanlah

Berkat waktu dhuha
KecantikanMu
KeindahanMu
KekuatanMu
KekuasaanMu

Limpahkan kepadaku segala yang telah Engkau limpahkan
 kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Amin ya Allah..Tapi tapi tapi jangan la solat hari jumaat saja sebab solat dhuha bukan khas untuk hari jumaat tahu? (kalau tak dapat buat setiap hari, buat la sekali seminggu) Banyak kelebihan solat sunat dhuha ni tapi kalau nak tahu google la sendiri, korang semua kan pandai lagi celik IT. Lagipun aku memang takda masa sangat sekarang ni. Busy kalahkan bakal YB yang nak bertanding dalam pilihanraya akan datang jadi harap maklumlah semuanya ye. 

Tapi dalam kesibukan dengan kerja, aku masih ada msa untuk mengingatkan diri sendiri dan korang semua tentang solat sunat dhuha ni sebab aku sendiri dah jarang-jarang buat (ketuk kepala sendiri). Ya Allah kuatkan hati aku dan sahabat-sahabat yang membaca ini, semoga kami istiqamah dalam mengamalkan segala jenis kebaikan.

p/s - Yang wajib mesti didahulukan. Kalau dok buat solat sunat dhuha je, tapi solat lima waktu celam celum lagi mana nak datang keberkatannya. Lu pikir la sendiri ^___^

terima kasih sudi baca ^^

Dec 9, 2011

Untuk peminat novel...

Assalamualaikum..

Lately ni banyak kan novel yang di drama kan dan di filemkan. Antaranya

Stanza cinta (penulis dia kawan aku), Dewa Cinta, Trilogi Cinta (tajuk novel : tak seindah mimpi, tak semanis impian & tiada lagi mimpi) dan banyak lagi la sampai aku tak ingat mana satu drama mana satu novel [ceh].

Ada jugak novel yang di teaterkan. Semua orang tau kan apa nama novel tu..Yang tak tau meh sini aku habaq. Badai Semalam. Aku baca novel ni masa aku sekolah rendah kot. Syok oo jalan cerita dia. Sila lah baca ye.

Setelah sekian lama jadi hantu novel, aku rasa macam aku mampu untuk jadi penulis [perasan]. Tapi sesungguhnya ketahuilah wahai kawan-kawan semua bahawa kalau aku menulis, confirm takda kesudahan. So punah la harapan untuk jadi seorang penulis dan punah juga harapan anda peminat-peminat novel untuk membaca novel yang ditulis oleh aku. [hahaha..perasan lagi].

Ok..Bukan hal ini yang hendak dibangkitkan. Hari ni aku nak you all you all beli novel yang aku nak bagitau ni [gedik pulak]. Yang pastinya memang best dah dan dan...arghhh entah la dan apa.

Bagi aku novel dari penulis Noor Suraya pastinya yang paling terbaik. Kalau tak percaya tolong la p beli dan baca sendiri. Pastinya tak akan menyesal. Masa baca tu mesti nak senyum sorang-sorang dan kalau bab sedih air mata tu mesti mengalir punya [aku la tu]. Meh tunjuk novel-novel dia..

Yang paling aku suka sebab 1st time dapat tandatangan kaksu..

Jaja & Din


Ini gambar muka depan dan belakang novel jaja & din. Isinya penuh dengan unsur nasihat, kelakar dan sedih pun ada. Jangan lupa baca ni ok?

Nyanyian Tanjung Sepi.


Huhuhu..Cerita ni sedih tau? Tengah-tengah malam aku menangis sorang-sorang. Rasanya kalau orang laindengar mesti dia takut dan fikir suara apa la tu kan? Sedih tapi sangat fun bila baca. Kalau nak tau, watak mama dan abah kepada jaja ada dalam Nyanyian Tanjung Sepi ni. Pandai kan Kaksu ni. ^__^

Surat Ungu Untuk Nuha

SUUN ni adalah karya pertama kaksu yang aku baca. Bila baca SUUN memang syok habis. Dok gelak sorang-sorang sampai orang tuduh aku gila. Haha. Lepas baca novel ni terus aku kejar karya-karya kaksu. Tapi bukanlah bermaksud novel ini lari ye tuan-tuan dan puan-puan. Sila maklum. Sangat berbaloi-baloi memiliki novel ini. Baca sepuluh ratus ribu kali pun tetap gelak sakan. Ops..dalan SUUN ada sikit watak Dr. Aqmar Nyayian Tanjung Sepi.


Panggil Aku Dahlia
Panggil Aku Dahlia ni pun best. Kisah Dahlia dan musuh ketat Wadi Hannan. Tak tau la nak cerita macam mana tapi sangat best la sebab Dahlia ni sangat sabar. Sila jadikan koleksi anda.

Mungkin setakat ni saja kot untuk kali ni. Ada lagi novel-novel kaksu tapi lain kali aku tempek kat sini. Takdan la.. Tapi apa-apa pun gaya penulisan kaksu sangat best dan terbaik. Pada aku, bila dah baca novel kaksu, rasa macam dah taknak pandang dan baca novel lain sebab gaya bahasa sangat santai dan menepati citarasa aku serta pastinya citarasa korang semua jugak.

Percayalah bila aku kata best, korang pun akan rasa best jugak. Aku tak tipu punya. Selain gelak ceria, duka nestapa..kaksu selitkan unsur nasihat dan dakwah. Ini yang buatkan hati aku melekat terus pada karya kaksu. Setiap kali book fair mesti buku kaksu yang aku capai dulu dan baca. Aku beli jugak novel penulis lain tapi bertahun la nak habiskan. Hehe..

Ok..Jangan lupa dapatkan novel-novel ini ya. Insyaallah lain masa aku review tajuk lain pulak..

*ada orang pinjam SUUN aku tapi tak pulangkan pun lagi padahal suka sangat baca novel tu. Tak suka dan rasanya lepas ni takkan bagi sapa-sapa pinjam dah apa-apa novel karya kaksu. Benci..bencilah.

terima kasih sudi baca ^^

Dec 3, 2011

Mendidik anak perlu kena cara dan gaya..

Assalamualaikum..

Semalam masa kat ofis, ibu tunjuk kat aku FB kawan lama dia-kawan dari sekolah rendah. Ibu cerita masa kawan dia approach tu dia memang tak kenal, tak ingat langsung yang mana satu. Last-last ibu tengok kat gambar lama masa sekolah tu, kan boleh tag..Rupa-rupanya kawan dia tu lelaki tapi sekarang dah jadi pompuan.

Aduhai dunia..

Seksi kot kawan ibu tu, siap pakai bikini..haha..Lepas tu sorang lagi staf menyampuk. Katanya anak lelaki bongsu dia umur 7 tahun pun nampak macam nak jadi lembut. Kena usik sikit dan merengek dan menangis. Lepas tu kakak tu tambah, dia kata tahun depan dia nak hantar anak dia ke kelas taekwando, biar keras sikit katanya.

Bila fikir-fikir balik, betul la macam tu. Kita kena la didik anak ikut dia punya jantina. Yang lelaki biar lasak dan berani. Yang perempuan pula haruslah dididik dengan sifat sopan lagi santun. Lemah lembut dan pemalu bertempat. Panggilan pun haruslah bersesuaian bak kata budak penjara, saidina abu bakar menyarankan agar anak-anak perlu dipanggil dengan gelaran yang lebih dewasa supaya anak-anak itu akan cepat matang dan dewasa.

Contohnya untuk anak sulung, panggil la abang atau kakak dari awal supaya dia cepat matang seterusnya dapat menguruskan adik-adiknya dengan baik. Jadi mak ayah dia tak la teruk sangat nak melayan semua karenah anak-anak (ceh..). Bila asyik dok panggil adik saja, nanti bila dia dapat adik tak boleh terima kenyataan, mula la buat hal, manja dan nak kan perhatian orang saja. Betul tak? Siapa yang susah?

budak ini agak manja walaupun dah ada adik. pada dia semua orang kena sayang dia sorang saja ^__^



p/s - didiklah anak mengikut peredaran zaman, tapi hukum Allah tetap tidak boleh di abaikan ^__^
Selamat maju jaya!


terima kasih sudi baca ^^

Dec 2, 2011

baik dan buruk..yang mana satu pilihan hati?

Assalamualaikum..

Mana-mana kita pergi mesti kita jumpa orang yang tak sefikrah dengan kita. Lagi senang kalau sebut tak sebulu. Ada saja orang yang membuatkan kita rasa tak suka. Ada saja sikap orang yang membuatkan kita rasa tak puas hati..

Tapi dalam ketidakpuasan hati kita pada orang, pernah tak kita berfikir dan bermuhasabah apakah semua orang puas hati dengan kita? Apakah sikap kita menyenangkan hati insan disekeliling kita ini?

Sesungguhnya Allah menciptakan kita dengan bermacam-macam rupa, berbeza warna kulit dan semestinya pelbagai sikap dan sifat. Semua ini adalah untuk kita berkenal-kenalan supaya kita dapat berfikir dan mentafsir serta membezakan antara yang baik dan buruk seterusnya dapatlah kita menilai yang mana satu yang perlu kita ikuti.

pic from blog tokwan


p/s - barbaik sangka kepada orang adalah lebih mulia. Semoga Allah memuliakan kita..aminn


terima kasih sudi baca ^^

Dec 1, 2011

Teringin nak makan Cheese Naan...

Assalamualaikum..

Tiba-tiba teringin nak makan CHEESE NAAN..

Atie cakap perghh sedap.

Syafaf kata teringat-ingat lagi rasanya.

Incik Hubby yang tersayang lagi dicintai..Bila nak bawak I makan kat situ?

pic dari blog MyKhalish

Korang rasa-rasa la kan, sedap ke tidak makanan ini? Nak tahu kesedapannya pegi la kat blog MyKhalish ni. Gerenti air liur meleleh macam cheese yang meleleh tu..huwaaaa

 p/s - makan bila lapar, berenti sebelum kenyang.. erkk..


terima kasih sudi baca ^^

Lagi-lagi jengkel...

Assalamualaikum..

Hari tu cakap pasal sms yang menjengkelkan..Kali ni ada pertambahan sikap manusia yang menjengkelkan.

Cakap bisik-bisik belakang orang

Cakap bisik-bisik dalam ofis konon rahsia la padahal ada orang sekeliling depa. Tak ke menimbulkan syak wasangka bukan-bukan oleh orang sekeliling. Ko nak cakap rahsia-rahsia pergi tempat lain, bukan dekat dengan orang yang dikenali. Orang sekeliling boleh fikir kau tengah mengata dia.


Bagi cenderamata pada orang-orang terpilih bila pergi melancong mana-mana.

Ya..Memang hak dia nak bagi pada siapa tapi kalau taknak bagi pada semua orang, kau sorok-sorok la sama masa nak bagi tu. Nanti orang yang tak dapat tu kecil hati tahu? Susah nak jaga perasaan orang ni, jadi untuk mengelakkan kejadian yang tak diingini sila la jangan berbuat demikian. Kalau kau takde bajet nak bagi untuk semua orang, pastikan orang yang tak dapat tu tak tahu pun siapa yang dapat. Faham? Tak faham sudah..

Pembodek.

Ini paling tak tahan. Dia punya bodek bukan main lagi. Kalau boleh nak diberitahu semua orang bahawa dia saja la yang buat kerja terutamannya pada incik boss. Perlu ke nak ceritakan saya dah buat ini, saya dah buat itu..semua pun saya buat? Whatever la..Kau sibuk kenapa? biar la dia nak cerita ke apa ke



Orang yang bersalah tapi masih nak salahkan orang atas kesalahan diri sendiri.

Korang rasa teruk tak orang macam ni? Dulu-dulu aku ada jugak buat perangai camni, tapi aku dah insaf. Korang rasa siapa yang selalu berperangai dan bersikap macam ni? Mesti la incik boss. Boss mana boleh buat salah. Opss...Aku tak pernah jadi boss.

Cukup dah kot setakat ni. Nanti bila ada lagi aku tambah, Eh apasal aku asyik cakap pasal benda yang menjengkelkan ni? Bajet macam sikap aku dah lawa sangat ke? Takde la..Just nak share untuk peringatan diri sendiri dan korang semua. Kita ni bukannya sedar yang perlakuan kita ni kadang-kadang dah menyinggung perasaan orang. Kita rasa kita dah buat the best tapi dalam pada tu ada jugak orang tak puas hati dengan kita.

Jadi macam mana ni? Hmm..Sebab tu ada peribahasa buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali, buatlah berkali-kali (kena tukar, buat jahat jangan sesekali) . Maksudnya berpada-pada la nak buat baik tu. Bukan buat baik sebab nak bodek ke apa. Ikhlas kerana Allah. Biar Allah yang menilai setiap berbuatan kita, bukan manusia. Kadang-kadang sebab kita nak jaga hati orang ni, tapi orang tu pulak dah kita calarkan hati dia. Hisshh..Susah kan?



Kesimpulannya, biar sejengkel mana pun sikap orang sekeliling pada kita, yang lebih baik ialah kita berfikir secara positif dan redha. Buat tak tahu je dan jangan terlalu ambik kisah dan sentiasa berfikir, nanti yang stressnya siapa? Mustahil la orang yang menjengkelkan tu akan stress kan?

Ya ALLAH, peliharalah hati kami agar sentiasa REDHA dan BERSANGKA BAIK atas segala ketentuanMu. Tentukanlah yg terbaik buat kami Ya ALLAH....
 
terima kasih sudi baca ^^

Nov 22, 2011

Perkara yang menjengkelkan aku..

Assalamualaikum...

Ada perkara yang menjengkelkan dan membuatkan aku rasa macam geram gila atau bahasa lain meluat.

Bila ada orang sms aku, "salam..sihat ke?" then aku tanya dia siapa (sebab nama dia takda dalam list) dan dia pulak jawab camni

  • takkan tak kenal kot..kawan lama ni.

Kalau aku kenal aku tak tanya kau la. Hishh..Patut tak aku bermaki-makian terhadap dia? Oh tak patut ye? Baiklah memang aku tak maki (dalam hati : &##%^*(&^%) Jadi orang macam ni aku tak kan reply dah mesej dia nak tanya-tanya lagi atau lebih difahami kalau guna perkataan merayu contohnya, oh please la bagitau awak ni siapa..please..please..plese.. Sorry ok..

Situasi kedua sama jugak kes diatas tapi kali ni dia sebut nama aku.

  • hi yana..buat pe tu?

Jadi bila kes dia kenal nama aku ni, aku pun cakap elok-elok..Hi, tak buat apa pun. Mintak maaf nak tanya, ini siapa ye. Sebab handphone hilang so semua number kawan-kawan pun takde. Tapi bila dia jawab macam ni.. "hehe..kawan lama awak la". Apa ke bangang jawapannya. Dah jelas-jelas aku bagitau reason tu, lagi dia nak jawab main-main.

Rasa macam nak balas, kepala hotak kau, kan aku dah cakap semua number hilang. Tapi itu boleh menghilangkan ciri-ciri gadis melayu walaupun aku tak pernah masuk pertandingan gadis melayu. Kan senang kalau dia jawab, "ni aku ni,polan bin si polan. Kan ke senang kerja kita. Lepas tu boleh la gosip cerita-cerita lama. Tak la membair kredit, dan silaturahmi pun kembali terjalin.

  • Saya dah tanya awak dan bagitau sebab kenapa ur number tak ada dalam list tapi kalau awak taknak bagitau itu hak awak. Jangan nak kata saya sombong pulak. Ok bye. (mesej terakhir setelah 2 kali tanya-malas nak tanya banyak kali, buat abih kredit saja)

Ni jawapan aku bila aku dok tanya-tanya dia tak jawab jugak. Aku tanya sebab unfair bagi aku bila dia kenal aku tapi aku tak kenal dia. Bila dia sebut nama aku, sah memang dia kawan aku kan? Jadi aku pun nak dia tu kawan aku yang bernama apa. Takkan takda nama kot.

Aku tak tau la orang macam ni BM dia lulus ke tidak masa ambil exam dulu sebab jawapan yang di beri tu tidak menepati skema jawapan. Lain yang ditanya lain pulak yang dia jawab. Cikgu BM boleh hentak kepala kat dinding tahu?  Hei, please la..sekarang ni bukan lagi masa nak main missed call missed call, bukan lagi zaman nak sms dengan sapa-sapa yang tersalah mesej number kau. Dulu-dulu masa zaman jadi student boleh la. Sekarang ni dah dewasa, jadi buatlah perangai macam orang dewasa ok?

cara cikgu BM lepaskan geram bila anak murid tak jawab soalan ikut skema jawapan


p/s - maaf pada siapa yang pernah kena marah dengan aku. (dalam hati : sape suh kau main-main) ^__^

terima kasih sudi baca ^^

Nov 17, 2011

Contest Candid Time

Assalamualaikum..

Joom join contest. Kali ni Cik Ain pulak yang tag Puan Yana.

Contest kali ni di anjurkan oleh adik Muna yang masih lagi bersekolah dan tinggal di asrama. Mak aii hadianya agal meletop dan lumayan. Jadi jom kita sama-sama join.

 
Kelik la kat sini kalau nak join


Jom tengok gambar candid den..




Haa nampak tak muka semangat nak makan? den yang tudung pink tu...masa ni time beraya kat RS. Makanan yang dimakan tu kami masak sendiri tahu? Dengan dibantu oleh adik-adik pelatih kat situ. Sedapnya makan sampai tak heran sapa-sapa yang lalu.

Saya dah join. Anda bila lagi? Terima kasih Muna sebab anjurkan contest ni..Belajar rajin-rajin ye..

 Disebabkan Muna adalah pelajar, maka saya nak tag cikgu..



terima kasih sudi baca ^^

Nov 16, 2011

Ujian dan Dugaan

Assalamualaikum..

Hari ini diduga dan diuji lagi.

 Alhamdulillah..

Dengan ujian yang menimpa insyaallah dapat menjadikan kami hamba yang lebih sabar.

Dengan dugaan dari Allah ini akan menjadikan kami hamba yang bersyukur.

Dengan diduga dengan ujian ini telah menjadikan kami hamba yang sentiasa mengingatiMu.

Terima kasih ya Allah kerana sentiasa mengingatkan kami dikala kami leka . Terima kasih kerana tidak membiarkan kami terus alpa dan lupa. 

Syukur ya Allah. Semoga dengan peringatanMu ini akan menambahkan iman dan taqwa kami kepadaMU.

kerana kami tahu....


Nov 14, 2011

Tersasar...

Assalamualaikum..



Hari ni ntah kenapa otak aku melayang sampai aku terlajak ke shah alam padahal nak pegi sungai buloh je. Padahal hari hari lalu jalan yang sama ntah macam mana la aku boleh tak nampak simpang nak keluar sungai buloh tu.

Satu sebab mungkin aku berkhayal kot. Ataupun aku memang tak perasan simpang tu sebab silau, matahari  baru nak naik.

Tak pasal je kena redah jammed kat shah alam tu.

Tak pasal pasal kena bayar tol banyak kali.

Tak pasal pasal buang minyak kereta macam tu je.

Tapi apa apa pun, semuanya ada hikmah yang kita tak tahu. Pasti ada rahsia Allah yang tersembunyi. Jangan kita mengeluh tetapi sepatutnya bersyukur dan fikir yang baik baik saja.

Suami aku jenis orang yang tak suka kalau tersesat jalan. Kalau aku tersalah tunjuk arah mesti dia marah. Tapi aku tak kisah sebab kalau tersesat, masa tu la kita dapat tahu jalan yang kita tak tahu. Betul tak? Nanti bila kita lalu kat situ kita dah tahu dah.

Tapi suami aku tu tetap la begitu. Masih jugak marah marah dan tarik muka bila tersalah jalan. Tetap jugak tarik muka dan membebel bila tersesat walaupun aku dah explain hal kat atas tu. Ye la..bukan senang nak ubah sikap orang kan.. Pelan pelan kayuh.. ^^

Sesat jalan ni sama la macam hidup kita. Kadang kadang kita mungkin akan tersasar atau tersalah buat keputusan. Apabila kita tersesat, cepat cepat la kita cari jalan pulang. Jangan biarkan diri kita terus tersesat dan tersasar lebih jauh. Kalau dah nampak jalan untuk u turn, cepat cepat u turn tau? Tak perlu nak tunggu lagi dan jangan malu nak bertanya.

Kesimpulannya, tolong la jangan berangan masa korang drive. Kalau tak..Jadi la macam aku tadi. Ni kalau balik cerita kat suami, confirm la kena membebel lagi kan. Jadi, diamkan saja.


p/s - berhati-hati dijalan raya.

Nov 8, 2011

Ieyza Afieyna 1st Giveaway

Assalamualaikum..
Klik Sini


Cikgu Ma tag me lagi sekali untuk join Ieyza Afieyna 1st Giveaway. Thanks Cikgu Ma yang bucuk..hahaha..

Sesiapa yang nak join, dipersilakan..tak susah pun.. ^^ Kali ni nak tag


terima kasih sudi baca ^^

Nov 4, 2011

Aku Masih Disini

Dalam kemeriahan orang menyiapkan persiapan untuk menyambut Eiduladha, tetapi aku masih juga seperti ini tanpa melakukan apa-apa. 

Disaat orang menyiapkan kain baju untuk pulang ke kampung, aku masih juga tidak berbuat apa-apa.

Ketika orang sedang sibuk membuat kuih ataupun membeli keperluan untuk dimasak pada hari raya, aku tidak berasa apa-apa.

Diwaktu lebuhraya sesak dengan kereta yang banyak, aku masih bersenang lenang di rumah.

Sedang nanti orang meyembelih haiwan korban dan membahagi-bahagikannya, aku masih juga tidak bertindak apa-apa.

Kenapa?

Kerana aku masih disini. 

Di Kuala Lumpur.

Huwaaaaa..Nak balik KAMPUNG!!!


p/s - Berhati-hati dijalan raya. Semoga selamat sampai ke destinasi.

 Salam Eidul Adha dari Yana dan Suami

terima kasih sudi baca ^^

Nov 3, 2011

Stress..

Assalamualaikum..

Perkara apa yang korang tak suka bila memandu?

Aku?

Bila ikut belakang lori. Disebabkan kebesarannya maka aku seperti orang yang hilang arah tujuan sebab satu hapa yang berlaku kat depan pun aku tak nampak. Nak potong pulak tak boleh. Rasa macam katak dibawah tempurung je. Nak tengok signboard pun tak nampak. Stress gila rasa macam nak tarik rambut sendiri.

Bila dah dapat potong dia tiba tiba rasa macam dunia ini aku yang punya..Ahh leganya rasa. Riang sungguh rasa dihati ini jadi dapat la memandu dengan hati yang tenang..

Korang rasa macam tu tak?

Nov 2, 2011

Kisah Penjaga Tol

Assalamualaikum..

Siapa yang pernah join training ESQ 165? Kepada yang pernah join mesti pernah dengar pasal kisah penjaga tol. Kepada yang tak pernah pergi, silalah join dengan kadar yang segera sebab tak rugi tahu? Yuran mahal? Ala..sekarang ada EFA (ESQ For All) tak la mahal sangat pun. Apa la sangat duit tu kan kalau nak dibandingkan dengan ilmu yang kita dapat..

Tapi hari ni bukan nak cerita pasal kisah penjaga tol yang Pak Ari jumpa tu. Tapi nak cerita kisah penjaga tol kat negara kita yang "satu malaysia". Selama korang dok bayar tol bila lalu kat highway tu, berapa kali korang dapat senyuman ataupun ucapan salam dari penjaga tol tu?

Huh..aku sebenarnya cukup bengang kalau penjaga tol tu muka macam orang berak sembelit tak pun macam jeruk terlebih cuka. Kita bagi salam, jangan kata nak jawab..senyum pun tidak. Rasa macam nak sound oi aku bagi duit kat kau, patutnya kau suka tapi aku ni bukan la jenis macam tu kan.

Apa la salahnya senyum dan ucap selamat pada orang. Rezeki pun bertambah berkat. Contohi la kisah penjaga tol yang Pak Ari jumpa tu. Bukan susah pun nak senyum tu, dapat pahala apa? Bila korang senyum orang pun suka je nak bayar tol tu tanpa rasa rugi. Ini tidak...menyesal aku lalu highway.

Mesti ada orang kata, guna la touch n go or smart TAG kan? Memang aku guna, tapi kalau untuk urusan kerja kena la jugak guna lorong tunai sebab nak ambik resit. Tapi kan bukan semua pekerja yang muka dia macam baru lepas putus cinta tu, ada juga yang bagus sangat. Bagi salam, ucap terima kasih. Kan seronok macam tu? Penjaga tol mesra, pengguna highway pun bahagia (tagline ntah apa apa).



terima kasih sudi baca ^^

Oct 31, 2011

Pandai masak, suami pun sayang.

Assalamualaikum..

Tergelak baca entry Cikgu Ma jadi nak jugak memanjangkan cerita.

Selalu orang tua-tua selalu cakap, masak nasik pun tak lepas lagi macam mana nak kawen bila ada orang dok tanya-tanya bila anak dara dia nak kawen.

Kemahiran memasak penting jugak dalam rumahtangga. Kalau asyik makan kat kedai je, jangan pulak kau meradang bila tiba-tiba laki kau kawen dengan tokei kedai atau anak dia. Tapi itu terpulang pada pasangan korang la. Kalau dapat yang memang jenis suka makan, so pandai-pandai la korang belajar masak.

kalau nak pandai masak, jangan lupa beli buku  ini.

Kalau korang nak tahu, kita masak kat suami dan suami pulak puji kata sedap.. ya Allah seronoknya tak dapat nak cakap. Bangga gila kot..Ni aku la kan, tak tau la pulak orang lain tu. Suami aku ni memang bagus. Dia cakap " U kalau masak apa pun I makan. Sedap." Kau tak rasa tiba-tiba pokok berbunga dalam taman hati ke kalau berada kat tempat aku nih?

Apa-apa pun bak kata cikgu ma,
tak salah cari calon isteri pandai masak tapi kenapa calon isteri sahaja yang perlu perfect serba serbi? calon suami pula, solat masih tunggang langgang, setakat nak cari calon isteri pandai bela perut, boleh bahagia ke?
Aku setuju sangat bab tu. Setiap pasangan tu diciptakan untuk saling melengkapi. Jadi why not bila isteri belajar memasak, suami pulak belajar mengaji. Bila isteri belajar menghias diri untuk suami, suami pula belajar untuk melengkapkan diri sebagai suami yang tahu serba-serbi (bab agama dan rumahtangga). Give and take bak kata omputeh. Baru la Bahagia.

Tapi kan aku sebenarnya kesian sangat bila my husband cerita ada wife kawan dia yang memang tak pandai masak. Jadi dia tak pernah masak kat suami (kecuali masak nasik) sejak dari mula kawen sampai la dah ada anak tanpa rasa nak belajar. Pelik tu. tak payah la nak pelik, dah laki dia tak kesah, kau kesah apa?


Apa-apa pun banyak manfaatnya bila kita masak kat suami ni. Masa memasak tu setiap perlakuan kita tu dikira pahala beribadat. Senangnya kita nak dapat pahala asalkan kita ikhlas kerana Allah. Bila kita selalu masak, suami pun makin sayang apa .. ^__^

masak kerana Allah, pahala dapat suami pun sayang. heheh


p/s - masak la makanan yang berkhasiat!

terima kasih sudi baca ^^

Oct 28, 2011

Jawab, Tanya dan Tag

Assalamualaikum..

Hari ni nak jawab soalan yang Cikgu Ma tanya melalui segmen jawab, tanya dan tag. Cikgu Ma di tag oleh Ain Not Alien. Soalan-soalannya..

1) nama manja/ samaran/ glemer anda waktu kecik2 dulu..kalo dah besar pun boleh.
  • hmm...nama manja dirumah ialah kakak, kalau kat sekolah rendah dan menengah orang panggil Yana. Tapi kat sekolah teknik orang panggil Nana dan di kolej Angah pulak. Oh banyaknya nama samaran saya.


    2) tahap pendidikan anda. kenapa sampai tahap tu?
    • tahap pendidikan diploma sahaja dan insyaallah akan sambung ke peringkat yang lebih tinggi. Kenapa ye sampai diploma je? Sebab fikirkan adik-adik yang ramai lagi nk belajar, so kerja dulu untuk nak bantu ringankan bebanan mak abah. 

      3) kereta impian anda (walaupun sekarang sudah berkereta).
      • Hahaa..kereta impian ni banyak kot. Cita-cita tertinggi tu nak la Toyota Alphard or Vellfire tapi rasa macam terlalu melampau la pulak kan. Jadi sekarang ni kereta impian tu Honda City. Wow bila la dapat pakai that car..(sambil menongkat dagu berangan bawa kereta itu)

        4) makanan pelik yang pernah anda rasa/ cuba. ceritakan rasanya.
        • Apa ye makanan pelik yang pernah aku makan? tak ingat pulak. Mungkin makanan yang dah basi kot. Mesti la rasa pelik kan? Tak ke? 

          5) komen sket tentang blog saya. kalo tak nak taip panjang pilih 3 jawapan ni --> boleh tahan/ haru biru/ kurang menarik.
          • Komen pasal blog cikgu ma ni ye..Dah banyak perubahan dan perkembangan berbanding dulu. Dulu saya la jadi sifu pada cikgu ma ni tapi sekarang header saya tu pun dia buat..hehhee..TQ cikgu ma..mabeles blog!


            Jadi sekarang saya pulak tanya soalan..Jeng jeng..Bersedialah semua..

            1) Semua orang suka makan kan? Jadi makanan apa yang terpaling korang suka?

            2) Berapa harga kasut, handbag dan baju yang paling mahal yg korang pernah beli atau dapat?

            3) Apa yang boleh buat korang marah atau bengang?

            4) Bila tension atau stress korang selalu buat apa untuk hilangkannya?

            5) Kalau diberi peluang untuk melancong, korang suka pergi kemana?

            6) Bilang adik beradik dan siapa yang paling rapat dengan korang?

            7) yang ketujuh ni soalan tak wajib. Apa pendapat korang pasal blog ini? Nak jawab boleh, tak jawab pun takpe..

            Siapa yang kena jawab?


            (sekadar untuk mengenali lebih rapat lagi.. )

            terima kasih sudi baca ^^

            Oct 24, 2011

            Segmen Kancil8349 : Kartun Animasi Yang Paling Korang Suka


            Assalamualaikum..

            Mood join segmen dah bermula..Mari kita join segmen yg dianjurkan oleh Encik Kancil8349. Sila Klik..

            klik sini pun boleh.


            Kartun Animasi? Sebenarnya confius ni. Spogebob squarepants tu kartun animasi ke tak ye? Kalau ya, ini lah yang paling aku suka..

            Suka watak spongebob tapi kalau kat luar aku lagi suka patrick (bantal, keychain) sebab cantik dan comel kot..

            Kalau tak..Aku suka Avatar The Last Airbender atau also known as Avatar The Legend of Aang. Hoho aku suka budak Aang ni (malu-malu).

            Kenapa aku minat ye? Sebab best dan tak ada sebab untuk aku tak suka.

            Start minat bila adik yang bongsu asyik la dok tengok kartun kat tv9 dekat dihati. Last-last kami semua sama-sama melekat depan tv..Tak ingat la tahun berapa tapi rasanya 4 atau 5 tahun lepas kot.

            Of course la paling suka watak Aang. Sebab dia comel (malu-malu lagi ; blushing) dengan arrow warna biru kat kepala botak dia..

             jom kita tengok wajah love-love aku..

            Ini Aang



            Ini Aang bersama Spongebob.
             Kesimpulannya saya suka tengok cerita kartun. Tak kira la apa pun. Jadi saya tak dapat nak bezakan Kartun Animasi ke apa ke sebab semua kartun tu animasi kan? Sila marah jika saya salah.

            Korang tunggu apa lagi? Jom la join sekaki sekali.

            terima kasih sudi baca ^^

            Termalu sendiri..Erkk??

            Assalamualaikum..

            Korang pernah tak ter'malu'kan diri sendiri? huhu

            Aku pernah.

            Hari tu ada orang call..

            Pemanggil : Assalamualaikum> Boleh cakap dengan Puan Fazhana?
            Aku : Waalaikumussalam..Puan Fazhana cuti..

            Pemanggil : Oh.yeke..tak apa la macam tu.
            Aku : Hehehee..Kak Pojie, ni angah la ni..

            Pemanggil : Eh, saya bukan Kak Pojie..Nama saya dot..dot..dot
            Aku : Eh..yeke? Maaf, maaf.. (malu siot) Saya Fazhana. Ingatkan Pengurus kat Melaka tadi. Suara sama.
            *******
            Nasib baik la cakap kat telefon dan orang tu tak terlibat dengan urusan kat ofis. Selamat aku. Serius suara dia sama macam Kak Pojie tu. Aku ingat Kak Pojie saja nak usik-usik aku panggil puan, last-last aku termalu sendiri. MALU weh...

            Moral of the story, jangan ikut perangai aku. Kau ingat suara orang semua berbeza ke? Malu..Malu.. Nasib baik boleh cover dan nasib baik jugak Puan Boss tak ada kat ofis. Kalau tak dah pasti dapat tazkirah. Huh.. (lap dahi)

            terima kasih sudi baca ^^

            Oct 21, 2011

            Kenapa Orang Susah Nak Bersedekah a.k.a Menderma?

            Assalamualaikum..

            Semalam cakap pasal hutang, hari ni jom cakap pasal sedekah pulak.

            Alkisahnya pelatih-pelatih kat tempat aku ni bakal dapat english teacher yang baru sebab yang lama dah sambung belajar buat ACCA. Teacher baru ni aku panggil kak fahimah dan dia adalah ejen takaful BSN prudential sepenuh masa.

            Jadi semalam dia datang jumpa ibu (my boss) dan aku kat RS untuk interview. Rupa-rupanya kak fahimah ni orang yang dermakan baju-baju kat rumah RS sebelum aku kawen hari tu. Aku tak pernah jumpa cuma cakap kat telefon ja. Baju yang dia bagi tu baju dari butik dia sendiri, let go sebab dah tutup butik atas masalah peribadi.

            Sebelum dia sedekahkan baju-baju tu dia ada pergi bukak meja kat satu bazar dan dia tak letakkan harga untuk baju tu. Siapa yang nak, bayar je berapa pun dan duit tu dia akan sedekahkan kat masjid. Tapi kalau korang nak tahu, dia cakap tak ada seorang pun datang beli baju-baju dia tu. Pelik tak?

            Kenapa ye tak ada orang berani tampil ambil baju dan berikan duit untuk disedekahkan ke masjid ni? Padahal banyak manfaat yang kita dapat. Dapat baju + pahala sedekah. Pada aku orang-orang tu mungkin

            • malu
            • sombong
            • takut orang kata dia riak
            • tak percaya

            Apa-apa pun kemungkinan yang lain, semuanya adalah alasan sedangkan benda yang kita nak buat tu benda baik. Satu sebab lain adalah kita tidak menjadikan bersedekah itu budaya dalam hidup kita jadi kita rasa segan dan fikir benda-benda yang tak sepatutnya kita fikir.



            Yelah, bila bagi sikit nanti orang tu cakap kita kedekut. Nak bagi banyak nanti orang kata kita ni nak menunjuk-nunjuk pulak. Last-last tak payah bagi langsung. Kenapa kita nak fikirkan pasal apa orang nak kata sedangkan penilai sebenarnya adalah Allah! Asalkan kita ikhlas, kita sedekah sekupang pun dah dapat ganjaran yang besar.

            Dulu aku sendiri pun selalu fikir macam tu tapi sekarang aku cuba ubah dan Alhamdulillah dah berjaya. Bersedekah tak mengurangkan sikit pun duit kita malah insyaallah akan bertambah dan yang paling penting adalah BERKAT.

            Pernah ke korang tengok orang yang selalu bersedekah tu jatuh bangkrap?

            Pernah ke korang tengok orang yang selalu menderma ni jadi papa kedana?

            Pernah ke korang tengok orang yang suka memberi ni hidup dia merempat?

            Rasulullah SAW bersabda ;

            "barangsiapa yang bersedekah dengan sebiji kurma yang diperolehi dengan usaha yang halal sementara Allah tidak menerima kecuali yang halal, Allah akan menerimanya dengan tangan kananNya (yakni menerima dengan berkahNya). Kemudian Dia melipatgandakan berkahNya bagi pelakunya sebagaimana seseorang daripada kalian melipatgandakan maharnya. Bahkan satu suap akan menjadi sebesar Gunung Uhud ".

            Apabila kita bersedekah, orang yang menerima tu akan mendoakan kita. Sebab tu la tangan yang memberi lebih baik dari menerima. Lagi banyak kita memberi atau bersedekah lebih luas rezeki yang Allah bentangkan untuk kita. Percayalah.

            Aku tau sekarang ni ramai orang takut nak bersedekah sebab dah banyak sindiket tipu menipu kat luar sana. Gunakan budak-budak, buat-buat cacat dan macam-macam lagi. Apa-apa pun kita tak perlu nak fikirkan semua tu. Dia tipu, itu urusan dia dengan Allah. Bila kita asyik nak fikirkan semua tu sampai bila-bila pun kita tak bersedekah dan jadikan ianya budaya dalam hidup kita.Cuba bayangkan bila kita bersedekah, berapa ramai orang yang tak hidup merempat dan kebuluran. Fikir-fikirkanlah.

            picture credit to blog farhanaziz


            p/s - tak perlulah cerita kat orang berapa banyak kita bersedekah!

            terima kasih sudi baca ^^

            Oct 20, 2011

            Hutang

            Assalamualaikum..

            Baru baca latest entry kat blog Leen pasal kawan dia berhutang tapi tak bayar-bayar. Rasanya ramai dikalangan kita ni ada pengalam macam Leen ni termasuklah aku sendiri.

            Masa nak pinjam bukan main berjanji nak bayar bila dapat gaji, tapi time gaji cakap nak bayar sikit-sikit lepas tu gaji lagi sekali senyap terus. Geram kan? Tak tolong dikata sombong, dah tolong kita pulak yang sakit hati bila dia tak bayar.

            Bila kita mintak tiba-tiba pulak dia taknak bercakap dengan kita. Eh, siapa hutang siapa ni? Dia hutang kita tapi kita ni macam nak mengemis duit dia pulak. Tak boleh jadi ni..

            Tapi seandainya korang teringin nak pinjamkan duit pada kawan-kawan or sesiapa saja, pendapat aku ialah :

            • Pastikan orang itu bukan penghutang tegar. Sila selidik dengan orang lain (orang yang rapat dengan peminjam) sama ada dia pernah atau tidak meminjam wang dari mereka.
            • Si peminjam sememangnya kawan rapat korang yang korang kenal luar dan dalam dan dia tiada rekod buruk.
            • Korang kena tahu apa yang dia nak buat dengan duit yang dipinjam itu.
            • Seandainya dia beria cakap "aku janji bulan depan aku bayar @ dapat gaji aku bayar" , lebih baik korang simpan duit korang diam-diam dalam bank sebab confirm dia tak bayar bulan depan atau masa dapat gaji.
            • Jangan pinjamkan duit pada kawan atau orang yang berlagak dan boros. Orang macam ni tak patut di tolong.
            • Kalau jumlah wang yang nak dipinjam tu agak besar, sila buat surat hitam putih beserta dengan saksi supaya anda boleh saman dia di mahkamah (over you).
            Itu je kot yang terlintas kat pemikiran aku. Tapi kalau kita taknak bagi orang pinjam duit macam mana pulak? Yelah, kawan kan. Nak cakap terus terang kata taknak bagi, kecik limpa pulak. Nak kata takda duit, dia tahu kita memang ada duit. hmm..

            Ala..korang buat je alasan ni..

            1. Ala..Duit tu dah ada orang lain pinjam, ko lambat sikit je..
            2. Aku dah terpakai la duit tu..so takde dah duit sekrang ni..
            3. Mak abah aku pegang duit aku, kalau nak mintak la kat depa. Aku takut...huhu
            4. Aku pun takde duit, ingat nak pinjam kat ko..
            Yang selebihnya korang pikir la sendiri. Apa-apa pun kalau kita berhutang, tolong la bayar. Kesian kat orang lain sebab depa pun nak guna jugak duit tu. Kenapa jadi kacang lupakan kulit (Iklan PTPTN)

            p/s - sape-sape yang berhutang, bayarlah cepat.

            terima kasih sudi baca ^^

            Remaja Zaman Sekarang.

            Assalamualaikum dan selamat hari Khamis.

            Semalam masa tengah tunggu husband beli ayam goreng, kat depan mata aku ada sorang budak perempuan sekolah menengah dok menggedik dengan sorang lelaki. bukan main manja meliuk lintuh badannya. Yang lelaki tu pun slamber je peluk-peluk budak tu. Rasa macam nak lepuk pun ada.

            Budak pompuan ni bukan main manja bercakap, rupa-rupanya dia bahasakan diri dia adik. But I dont think that guy tu abang dia sebab muka tottaly different tapi dorang sangat mesra. Ada sorang lagi lelaki berumur  dan sorang lagi dewasa jugak tengah menggoreng ayam. Aku agak yang tengah goreng ayam tu abang betul budak pompuan tu and yang berumur tu ayah dia.

            Apa yang aku perhatikan, muka lelaki yang tengah menggoreng ayam tu sama macam muka budak pompuan tu tapi tak ada la pulak dia mesra bergurau senda manja-manja ngan abang dia sendiri. Tapi even abang sendiri pun dok beramas mesra macam tu kita pun pelik ye dak? Dok cakap manja-manja, pastu dok angkat-angkat kain gedik-gedik konon macam anak manja, dah tu dok usik-usik dan saling menggeletek diantara satu sama lain mata keatas tangan dibahu. Berbulu mata aku tengok. Budak pompuan tu pun bila aku dok ushar dia, reti pulak tertunduk2 malu.

            Bermula dari pergaulan tanpa batas macam tu la punca ramainya remaja yang hamil luar nikah yang terjadi dikalangan remaja sekarang. Mak ayah kata apa? Senyum je..tak perlu kata apa-apa. Biasa la remaja sekarang so bagi peluang untuk dorang enjoy. Muda kan cuma sekali. Konon macam mak bapak yang prihatin la kat anak dia dan konon-konon mendidik anak mengikut peredaran zaman. Dah tu bila anak kau membuncit kedepan baru rasa nak menyesal.



            Kalau korang-korang semua nak tahu, gejala sosial dikalangan remaja ni tak pernah berkurang malah bertambah setiap hari. Aku sedih bila setiap kali ada orang call cakap nak masukkan anak dia sebab dah mengandung tanpa nikah dan lari dari rumah. Setiap hari berapa banyak orang call tak perlu la aku cakap sebab aku pun tak kira berapa tapi yang pastinya setiap hari akan ada kes ni. Itu yang call kat tempat aku. Kat tempat lain? Ini yang kita tahu, yang kita tak tahu berapa banyak pulak? Wallahualam.

            Cuba bayangkan budak umur 13 tahun pun dah reti pasal seks, siap mengandung, Bukan seorang lelaki tapi lebih dari 5 orang. Aku rasa masa zaman aku umur macam tu jangan kata bab seks, bercinta tak reti, tudung pun senget lagi. Nasib baik dah pandai lap hingus sendiri. Budak sekarang ni apa yang diorang tak tahu? meh cerita kat sini..ce citer.

            Korang rasa apa cara penyelesaian yang TERBAIK sekali untuk mengurangkan gejala sosial dan mengurangkan jumlah kelahiran anak tidak sah taraf? Aku hanya setuju satu saja cara iaitu laksanakan HUDUD. Korang pulak?

            p/s - perbaiki diri sendiri dan juga orang lain.

            terima kasih sudi baca ^^

            Oct 19, 2011

            #Wordless Wednesday - Kembar Siang

            Assalamualaikum semua..

            Farhan Aminuddin bin Mohd Zulhakimi & Aufa Mawaddah bt Mohd Zulhakimi

            Sep 14, 2011

            Mari Menyumbang Bersama-sama...Hulurkan Bantuan Ringankan Beban.

            logo_raudhatussakinah.png

            MENGANJURKAN


            HI-TEA AMAL 
            RAUDHATUS SAKINAH
            (HTRS) 2011

              
            TEMA:
            "INDAHNYA HARGA DIRI"

            TARIKH:
            24 September 2011 (Sabtu)


            MASA:
            2.00 Petang - 6.00 Petang



            TEMPAT:
            Shah Alam Convention Center (SACC)
            No. 4, Jalan Perbadanan 14/9, 
            40 000 Shah Alam.



            KEHADIRAN KHAS:
            YTM Tengku Besar Terengganu, Sharifah Nong Asegaff
            Penaung Raudhatus Sakinah
            (Bonda kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin)

            KONSEP:
            Talk Show, Hi-Tea & Nasyid

            Panelis Jemputan: Ustaz Zahazan Mohamed & Dr Rubiah K.Hamzah
            Pengacara Jemputan: Pn Wardina Safiyyah
            Penasyid Jemputan: Inteam & Demascus

            Antara Pakej yang ditawarkan :
            JUALAN MEJA/KERUSI :
            Platinum - RM 10,000/meja (RM 1,000 x 10 kerusi)
            Gold - RM 5,000/meja (RM 500 x 10 kerusi)
            Silver - RM 3,000/meja (RM 300 x 10 kerusi)
            Bronze - RM 2,000/meja (RM 200 x 10 kerusi)

            Sebarang bentuk sumbangan dan tajaan sangat dialu-alukan.
            NO. AKAUN RS:
            5621 0672 0426
            (Maybank Berhad)
            atas nama 
            "RAUDHATUS SAKINAH BERHAD"
            Hantarkan resit ke email: rsakinah@gmail.com atau faxkan ke: 03-41071754

            Untuk tempahan, sila hubungi:
            Sekretariat Hi-Tea Amal Raudhatus Sakinah (HTRS) 2011
            03-41073379 @ 03-41089669 @ 03-41053159
            Puan Rosmawati Zainal : 019-2386333
            Puan Yusnani Abd Hamid : 012-6350071
            Puan Siti Fazhana : 013-9908814
            Encik Joannes Lukas : 013-3040834
            Encik Abdullah Omar : 013-2466190

            Layari laman web kami :
            Promosikan Hi-Tea RS :

            Facebook Hi-Tea RS :

            Sep 13, 2011

            Segmen Kancil8349 : Pengalaman Korang Semasa Menghadapi Peperiksaan UPSR

            Assalamualaikum..

            Isk...Orang join segmen, engkau yang tak pernah menang pun nak jugak..hehhee..

            JOIN SINI


            Kali ni join segmen pengalam menghadapi UPSR. Pandai betul empunya blog ni sebab hari ni kan UPSR baru start. Memang bagus la mengingat zaman dolu-dolu kala ni.

            Aku ambik UPSR dulu masa tahun 1996 di Sekolah Kebangsaan Batu Lima yang terletak di Negeri Kedah, Daerah Sik. Bagi yang lahir tahun 1984 ni senang nak tahu darjah berapa masa tu. kalau tahun 1991 darjah 1 dan begitu la seterusnya. Ini lah yang menyebabkan bayi tahun 1984 ini unik. Ahaks..Jangan jeles.

            So pengalaman ambik UPSR ni ofkos la banyak. Pergi tuisyen tak berenti tapi tak jugak dapat 4A. Dulu aku 4A je, tahun last. Lepas tu baru ada subjek sains. Dulu-dulu kalau sekolah kat kampung ni memang payah la nak dengar budak dapat 4A sampai 10 orang satu sekolah. Sorang je pun dah kira bagus. Masa tahun aku tu 2 orang je yang dapat 4A. Sorang dah jadi doktor sekarang. Sorang lagi jadi cikgu.

            Aku cuma dapat 3A saja. Tapi serius cakap masa nak ambik UPSR tu takde pun aku stress study bagai nak gila. Masa dapat result tu pun relax je, takde pun rasa macam oh sedihnya sebab tak dapat 4A sambil menangis. Cikgu siap umum result dalam kelas tu. Memang exam yang menyeronokkan la. Happy je..

            Masa exam tu, kertas jawapan abc tu cikgu yang tulis nama. Aku ingat lagi cikgu yang tulis nama kami semua tu, Cikgu Mad Noor, Cikgu Nazri n Cikgu Bibah. Memang jasa dorang tak terbalas. Raya tahun lepas kami pergi beraya rumah cikgu-cikgu ni. Eh bab raya tak boleh cerita ke? ok fine.

            Time pergi tuisyen kalau hari cuti tu kami dengan slamber je tahan kete orang. Ntah kenapa ye mak ayah kami tak hantar padahal hari sekolah memang abah yang hantar aku tiap-tiap hari. Aku pun tak ingat. Tapi sebenarnya aku tak pernah pun tahan kete orang. Ini pengalaman kawan aku sebenarnya. Masa tu mana ada dengar kes budak kena culik ke apa ke. Last-last cikgu kami dapat tau terus kena marah. Lepas tu dia yang tumpangkan kami ramai-ramai. Lepas habis tuisyen subjek dia, ayat ni akan keluar " sungai pau and the geng, jom balik dengan saya.." Jasamu dikenang Cikgu Nazri!

            Macam dah panjang pulak cerita ni kan? Tapi nak sambung lagi sikit. Sikit je tau. Ok janji.

            Pengalaman masa tengah jawab exam tu macam biasa je aku rasa. Takde pun berdebar-debar macam nak tercabut jantung. Mungkin tak terasa pun yang exam tu penentu hidup sebab aku ni  bukan la budak pandai pun kan..huk huk..Kalau nak tahu, aku ambik UPSR sekali dengan Cikgu Ma. Dulu-dulu selalu balik tumpang kete ayah dia. Ayah dia cikgu sekolah kami. ^___^

            Last but not least aku nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga pada cikgu yang pernah mengajar kami. Sesungguhnya jasa kalian hanya Allah yang mampu membalasnya. Terima kasih kerana telah mendidik kami menjadi insan yang berguna. Semoga Allah memberkati hidup kalian. Juga kepada semua guru di Malaysia. Terima Kasih!

            p/s - Aku dah cerita pengalaman aku. Korang pulak macam mana? Join la sama ^___^

            terima kasih sudi baca ^^

            Sep 12, 2011

            Monday Blues

            Assalamualaikum semua.

            Pagi Isnin yang sibuk. FB pun tk sempat nak buka. Ini pun curi-curi update blog konon macam ramai orang tertunggu-tunggu update dari blog aku padahal tak ada pun. HAHAHA (ketawakan blog sendiri). Tak kisah la kan sebab apa-apa pun i still proud sebab aku ada blog. Sila jeles.

            Apa yang disibukkan oleh orang yang menyibuk ni? Oh sekarang company aku tengah bergelut dengan majlis hi tea amal untuk mencari dana. Jadi aku salah seorang sekreteriat yang kerjanya mengganggu orang. Jangan salah faham ye. Mengganggu tu maksudnya aku kena call follow up sama ada surat yang dihantar dah sampai ke belum sebab majlisnya dah tak lama lagi, 24 sept nanti. Pengsan makcik. Sekarang ni nak kentut pun rasa macam tak sempat. Opss kentut bukan mencarut kan? oh~

            jadi kepada sesiapa yang berminat nak membeli meja @ kerusi amal ini boleh personally email aku @ fazhana@gmail.com or cantact 03-41073379. Jangan pulak bagitau nak cakap dengan yana feehily, mampos orang tak kenal. Jadi jangan malu-malu ye kawan-kawan. Kalau tak nak beli pun boleh beri sumbangan..Kerja apa aku ni sebenarnya? Nanti la aku cerita. Tu pun kalau ada orang nak tahu. Tak ada? ok alhamdulillah..

            p/s - hulurkan tangan ringankan beban ^___^

            terima kasih sudi baca ^^

            Sep 9, 2011

            Hari Jumaat yang BERKAT!

            Hari ini hari Jumaat. Semua maklum akan hal ini iaitu esok hari cuti. yey.

            Sebenarnya bukan nak prank atau apa cuma nak bercerita pasal berkatnya Jumaat saya hari ini. Oh lupa bagi salam. Dah la hari Jumaat.

            Assalamualaikum semua.

            Berkat hari Jumaat yang mulia ini, rezeki pun bertambah-tambah. Lepas makan kambing golek plus ayam golek plus sate plus lemang, (oh banyaknya plus, sama panjang dengan lebuhraya PLUS dah..) dapat pulak makan aiskrim magnum! Orang belanja pulak tu. Baru dok terliur tengok iklan magnum classic kat tv tup-tup dapat makan hari ni. Free lagi. Terima kasih Usamah sebab belanja kami satu opis. Moga murah rezeki dan diberkati hendaknya.



            Alang-alang bercerita pasal berkat dan rezeki ni aku nak juga sentuh pasal rezeki yang tertulis. Oh dah macam ustazah pulak. Bukan nak berceramah cuma nak ingatkan diri sendiri.

            Alkisah pagi tadi ada seorang staf bawa nasi lemak dan letak dimeja wakaf (di ofis ni kalau letak kat situ maksudnya semua orang boleh makan). Sebenarnya nasi lemak tu dikirim oleh anak seorang staf untuk mak nya yang tak sempat nak makan kat rumah. Maknya tak ada pula diofis waktu tu. Tapi kami yang kat ofis ni walaupun tak tahu cerita, tak makan pun sebab tengok ada 3 set nasi lemak dan memang fikir bukan untuk semua.

            seterusnya bila tuan empunya masuk ofis, dia terkejut sebab nasi dia ada dimeja wakaf. Marah la dia pada orang yang bawa. Tak habis-habis bercakap. Yang aku peliknya kenapa dia nak marah-marah? Kan nasi tu elok je ada kat situ tanpa disentuh oleh orang. Orang dah tolong bawa tu dah cukup baik.



            Apa-apa pun kita kena ingat bahawa kalau rezeki itu sudah tertulis untuk kita, maka untuk kita la walaupun ke ceruk rantau mana pun kita pergi. Tapi kalau tidak tertulis untuk kita, ada depan mata pun kita tak akan dapat. Betul tak? Siapa setuju sila angkat tangan.

            Kesimpulannya, berbaik sangkalah kepada Allah kerana apa pun yang terjadi semuanya adalah kehendak Dia yang Maha Esa. Dia sahaja yang berhak ke atas kita dan seluruh makhluk di dunia ini.

            p/s - sampaikan walau sepotong ayat.

            terima kasih sudi baca ^^

            Open House

            Assalamualaikum..

            Entri kedua hari ini. Oh hebatnya..Sila tepuk.. pap..pap..

            Sebenarnya saja nak cakap hari ni nak pegi open house yang ada kambing golek bakar. Dengar-dengarnya sampai 5 ekor kau. Kepada penggemar kambing sila pamerkan aura cemburu anda dengan aksi air liur meleleh..tap..tap..

            Dah sampai 5 ekor tu haa ko makan la sampai pengsan masuk spital. Tapi sebenarnya aku bukan la penggemar kambing. Sebelum ni tak makan pun tapi baru sekarang baru belajar makan. Yelah ambil berkat sebab kambing ni kan haiwan peliharaan Rasulullah.

            Sape kata kambing kolestrolnya tinggi? ah tipu je semua tu. Malas ah nak cerita panjang-panjang. Kau google la sendiri pasal kambing ni.

              


            Oh ini bukan kambing golek tapi kambing tergolek sebelum disembelih dan kemudiannya dikorbankan dan digolek untuk menjadi santapan manusia.





            Ini baru kambing golek. Seksi u ^____^

            p/s : Makan setelah lapar, berhenti sebelum kenyang.

            terima kasih sudi baca ^^

            Farhan belajar berkata-kata.

            Ammati : abi..
            Farhana : bi....
            Ammati : ummi..
            Farhan : mmiii
            Ammati : jaddati
            Farhan : daati..
            Ammati : susu..
            Farhan : nke nke...


            FAILED! hahahaa

            Aug 24, 2011

            Contest : Ummi_Rosalicious First Lucky Draw

            sila klik
            Assalamualaikum. Join contest lagi..kali ni kat blog Cik Ummi pula. Ummi sendiri yang jemput saya untuk join. TQ ummi..

            Jom join ramai-ramai..kali ni yanafeehily nak tag


            Semoga berjaya!!

            #Wordless Wednesday: Bakal Arkitek.

            Farhan Aminuddin bin Mohd Zulhakimi
            Age : 1 year 8 month

            Yana Feehily 2008-2011 © All Rights Reserved
            Ini Blog Saya